SCNJ

Halaman

Rabu, 27 April 2011

Cahaya Via Heliza Helmi..


Ya Allah berikanlah cahaya pada hatiku.. Cahaya pada lidah ku, cahaya pada pandangan ku, cahaya pada pendengaran ku, cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari atas ku, cahaya dari bawah ku.. Cahaya di hadapanku, cahaya dari belakangku dan jadikanlah cahaya pada diriku..........

~Sinar Cinta NJ~

Jumaat, 22 April 2011

Kisah Nabi Zakaria: Rezeki Luar Biasa

Nabi Zakaria a.s. sangat menginginkan seorang anak seperti mana keinginan semula jadi manusia untuk memiliki zuriat, sekali gus menggantikan baginda memimpin Bani Isreal.
Baginda bimbang sekiranya ia wafat tanpa pengganti, kaumnya akan kembali melakukan kemungkaran, bahkan yang lebih teruk lagi mereka akan mengubah syariat yang termaktub dalam kitab Taurat.
Justeru, Nabi Zakaria sering berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar diperkenankan permintaan baginda.
Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 89 yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."
Dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia memakbulkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Zakaria a.s. Sedangkan ketika itu umur baginda sudah pun tua dan isterinya pula seorang yang mandul.
Sebenarnya khabar baik itu adalah suatu perkara yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman seterusnya dalam ayat 90, maksudnya: Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya (iaitu dengan mendatangkan haid).
Kurniaan Allah ini hakikatnya adalah ihsan buat Nabi Zakaria yang tidak pernah jemu berdoa. Syarat untuk memperolehi ihsan dan rahmat Allah s.w.t. adalah sebagaimana yang dijelaskan pada sambungan ayat tersebut: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan harapan serta takut dan gerun (akan azab-Nya), mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami."

Malaikat Menyampaikan Berita Gembira
Suatu ketika sedang baginda berdiri melakukan ibadah di mihrab, ia diseru oleh malaikat (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar gembira kepadamu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang ia beriman dan membenarkan khalimah (yang datang) daripada Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri daripada (runtunan nafsu) dan akan menjadi seorang Nabi dalam kalangan orang yang soleh." (Surah Ali Imran: 39).
Begitu juga Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 7 yang bermaksud: "(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakan dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikannya sebelum itu, seseorang yang mempunyai nama sepertinya."
Nabi Zakaria menjadi hairan dengan berita tersebut kerana dirinya yang sudah lanjut usia dan isterinya yang dikatakan mandul.
Allah merakamkan kehairanan Nabi Zakaria itu pada ayat 8 yang bermaksud: "Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku ialah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
Kemudian malaikat Jibrail a.s. menyampaikan jawapan Allah bagi mengungkai kemusykilan Nabi Zakaria a.s. sebagaimana firman Allah dalam ayat 9, maksudnya: "Dia berkata: 'Demikian keadaannya, jangan dihairankan, Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun."
*Artikel ini dipetik dari Majalah Solusi Isu 21, m/s 90-91.
dan
alfimohd.blogspot.com




~Sinar Cinta NJ~

Khamis, 14 April 2011

7 Kalimat

Pesanan untuk diriku dan semua...

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak  busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak  patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam

~Sinar Cinta NJ~

Isnin, 11 April 2011

Sebelum Tidur...

Biasanya sebelum tidur, aku dan suamiku akan sama2 membaca 'AMALAN-AMALAN SEBELUM TIDUR' seperti yg dipesan oleh baginda Rasulullah kepada umatnya, diikuti dengan bacaan ayat Kursi dan al-Fatihah dan doa2 lain.
Tapi amat jarang perkara itu dapat kami lakukan bersama kerana keadaan tidak mengizinkan...
Tapi kami redha, Allah memilih kami untuk berada ditempat ini dan Dia pasti ada agendanya tersendiri buat kami...Dia memilih kami untuk saling menghargai waktu2 bersama...Walau hanya seketika, namun ianya adalah perkara paling indah buat kami berdua...Terima kasih Ya Allah... (^_^)

~Sinar Cinta NJ~

AMALAN SEBELUM TIDUR

Pesanan Rasullulah SAW buat umatnya 
SEBELUM Tidur 


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) 

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur 
sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 
1. Sebelum khatam Al Qur'an, 
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 
3. Sebelum para muslim meridloi kamu, 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.... 

Bertanya Aisyah : 
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara 
seketika?" 


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 
Bismillaahirrohmaanirrohiim, 
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul 
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) 

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua 
akan memberi syafaat di hari kiamat. 
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa 
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) 

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. 
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum 
wa atuubu ilaih ( 3 x ) 

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka 
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh" 
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha 
illalloohu alloohu akbar(3 x ) 

Sekian untuk ingatan kita bersama. 
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang 
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang 
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 


*Thanks to; http://www.cikgu.net.my/index.php?option=com_content&id=333&task=view



~Sinar Cinta NJ~

Rambut wanita

Sejak akhir2 ni aku mengalami masalah rambut gugur.
Kadang sekali sikat sikit je, tapi kadang tu boleh tahan banyaknya.
Rambut aku tak adalah panjang sangat, bila dibiarkan lepas, ada la nak dekat2 pinggang je.
Dulu lebat, sekarang ni tak lebat mana dah.
Malam tadi tanya kat suami, bole potong rambut ke tak.


Isteri:   Yang, boleh tak Syg potong rambut?
Suami:   Napa nak potong?
Isteri:   Rambut ni asyik jatuh je..
Suami:   Takpayah la potong, nanti dia tak jatuh lagi dah....


Alahai suamiku, nampak macam suka isteri dia ni rambut panjang...
He he he...


Tapi bila tengok video orang 'BERTAHALUL AWAL' tadi, dengar la satu riwayat ni mengatakan,
‎"tidak wajib atas perempuan mencukur rambutnya tetapi wajib memanjangkannya" hadith riwayat Ibnu Abbas.




So? Sekalipun ada yg menyatakan aku boleh potong rambut, tapi malas la... Sebab aku pun suka simpan rambut panjang...Tak jadi la nak potong rambut... Heee heeee~


~Sinar Cinta NJ~

Anak Ajaib - Hapal al Quran umur 3 tahun



~Sinar Cinta NJ~

Rindu Selamanya


Belum pun dia melangkah pergi,
Kerinduan di hatiku sudah bergelora,
Bagai amukan tsunami melanda pantai hati,
Bilakah akan berakhir kerinduan ini...

Dia didepan mata pun aku tetap kerinduan,
Dia ingin berangkat pergi aku telah kerinduan,
Inikan dia sudah pergi meninggalkanku,
Semakin jauh dirinya semakin resah hati ini...

Bila-bila aku merindunya,
Dimana-mana aku tetap merindunya,
Apapun keadaannya aku tetap  merindunya,
Sampai bila pun aku akan tetap merindunya....

~Sinar Cinta NJ~

Jumaat, 8 April 2011

Khasiat Surah Al-Waqiah

by Najla' Az-Zahra on Friday, April 8, 2011 at 8:07am


Khasiat Surah Al-Waqiah
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

http://aalwi.blogspot.com/2010/10/khasiat-surah-al-waqiah.html
~Sinar Cinta NJ~

Rabu, 6 April 2011

Menyingkap kisah keberkatan kalung Fatimah az-Zahra'


by Najla' Az-Zahra on Wednesday, April 6, 2011 at 9:27pm


Menyingkap kisah keberkatan kalung Fatimah az-Zahra'
Oleh Ibrahim Abdullah
2011/04/02

Pengorbanan ikhlas anak Rasulullah bantu lelaki miskin hasilkan ganjaran berlipat ganda

DIRIWAYATKAN, setelah selesai solat berjemaah, Rasulullah SAW duduk dan sahabat mengelilingi Baginda, tiba-tiba datang seorang tua yang hampir tidak berdaya menupang tubuhnya kerana lapar.

Orang tua itu berkata: “Ya Rasulullah, aku kelaparan, berilah aku makan, aku tidak punya pakaian, berilah aku pakaian, dan aku miskin, berilah aku kecukupan.” Rasulullah yang dermawan itu berkata: “Aku tidak punya apa-apa pun untukmu, akan tetapi orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan ganjarannya sama dengan orang yang melakukannya, kerana itu cubalah datang ke rumah orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, tentu dia akan mendahului Allah berbanding dirinya sendiri, pergilah ke rumah Fatimah, wahai Bilal, tolong hantarkan ia ke rumah Fatimah.”

Bertolaklah mereka ke rumah puteri Rasulullah yang mulia Fatimah az-Zahra. Setiba di depan rumah Fatimah, dia memanggil dengan suara keras: “Assalamualaikum wahai keluarga Nabi SAW, keluarga di mana Jibril AS menurunkan al-Quran daripada Tuhan semesta alam.”

Setelah menjawab salam, Fatimah bertanya: “Siapakah bapa?” Ia menjawab: “Aku orang tua dari suku Arab Badwi, aku telah bertemu ayahmu, pemimpin umat manusia, sementara aku wahai puteri Rasulullah adalah orang yang tidak berpakaian, lapar dan miskin, bantulah aku, semoga Allah memberkatimu.”

Ketika itu, Rasulullah dan keluarga Baginda sedang mengalami kesulitan sama, sejak tiga hari lalu mereka belum makan. Rasulullah pun mengetahui keadaan mereka, maka Fatimah pun mengambil kulit kambing yang biasa diguna pakaikan oleh Hassan dan Hussain untuk alas tidur kedua-duanya.

“Ambillah ini, semoga bapa mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripadanya,” kata Fatimah sambil memberikan kulit itu. Orang tua itu berkata: “Wahai puteri Nabi, aku mengadukan keadaanku yang lapar, tapi engkau hanya memberi kulit kambing ini? Apa yang aku perbuat dengan kulit ini?

Mendengar kata orang tua itu, Fatimah mengambil kalung yang dipakainya dan hanya itulah satu-satunya milik yang paling berharga, diserahkannya kalung itu sambil berkata: “Ambillah ini dan juallah. Semoga Allah memberimu sesuatu yang lebih baik.”

Orang itupun menerima kalung itu dengan gembira lalu pergi ke masjid untuk menemui Rasulullah. Setibanya di masjid dia mengatakan kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, Fatimah puterimu telah memberikan kalung ini dan ia berkata: “Juallah kalung ini, semoga Allah memberimu sesuatu yang lebih baik.”

Mendengar itu, Rasulullah SAW pun menangis. Ammar pun berdiri seraya berkata: “Ya Rasulullah apakah anda mengizinkanku untuk membeli kalung itu?” Rasulullah menjawab: “Belilah wahai Ammar, sekiranya jin dan manusia ikut membelinya tentu Allah tidak akan menyiksa mereka dengan api neraka.” Ammar bertanya: “Dengan harga berapa engkau akan menjual kalung itu wahai saudaraku?”

Orang itu menjawab: “Seharga roti dan daging yang akan menghilangkan rasa laparku, selembar kain Yaman yang akan menutupi auratku agar aku dapat solat menghadap Tuhanku, dan satu dinar wang untuk pulang menemui keluargaku.”

Kemudian Ammar menjual bahagian harta rampasan perang yang didapati daripada Rasulullah, tidak ada yang tersisa sedikitpun, ia berkata kepada orang Arab Badwi itu: “Anda akan saya beri wang 20 dinar dan 200 dirham, sehelai kain Yaman, kenderaan untuk menghantar kamu sampai ke rumah dan rasa kenyang daripada roti dan daging.”

Orang itu berkata: Wahai, betapa pemurahnya tuan ini. Semoga Allah memberkati anda wahai tuan yang mulia.”

Ammar mengajak orang tua itu ke rumahnya dan memberikan semua yang dijanjikan kepadanya. Kemudian orang itu menjumpai Nabi SAW, yang kemudian berkata: “Sudahkah bapa kenyang dan berpakaian?” Orang itu berkata: “Sudah Ya Rasulullah, bahkan demi Allah, aku menjadi orang yang kaya saat ini.” Rasulullah bersabda bermaksud: “Jika demikian, balaslah Fatimah atas perbuatannya.”

Orang itu berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan, kami tidak mengabdikan melainkan hanya pada-Mu. Ya Allah, berilah kepada Fatimah hal yang tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terbayang oleh hati manusia.”

Rasulullah SAW mengaminkan doa orang itu lalu menjumpai sahabat seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah memberikan hal itu kepada Fatimah di dunia, demikian itu kerana aku adalah ayahnya, tidak ada seorang pun yang seperti denganku. Ali adalah suaminya, tidak ada orang yang sebanding dengannya. Allah juga memberinya Hassan dan Husain, tidak ada manusia yang seperti dengan kedua-duanya di alam ini, kedua-duanya adalah pemimpin pemuda syurga.”

Di antara sahabat mulia yang hadir ketika itu adalah Miqdad Ibnu Amr, Ammar, Bilal, dan Salman RA. Rasulullah bertanya: “Mahukah aku tambah lagi?” “Mahu Ya Rasulullah.” 

Jawab mereka singkat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Baru saja malaikat Jibril datang padaku dan berkata: “Jika Fatimah telah dipanggil oleh Allah dan saat di kuburnya akan ditanya, siapa Tuhanmu? Maka dia menjawab: Tuhanku adalah Allah, kemudian ditanya: Siapakah Nabimu? Maka ia akan menjawab: Nabiku adalah ayahku. Siapa yang berziarah kepadaku setelah wafatku seolah-olah dia mengunjungiku pada waktu hidupku, dan siapa yang berziarah kepada Fatimah, seakan-akan dia berziarah kepadaku.”

Ammar pulang ke rumahnya mengambil kalung itu lalu menitikkan minyak wangi dan membungkusnya dengan kain Yaman. Dia memiliki seorang hamba yang bernama Sahmun yang dibeli dari ghanimah ketika Perang Khaibar. Kalung itu diserahkan kepada hambanya seraya berkata: “Berikan ini kepada Rasulullah dan engkau aku hadiahkan untuk Baginda.”

Hamba itupun mengambil bungkusan kalung itu dan membawanya kepada Rasulullah lalu menyampaikan apa yang dikatakan Ammar. Rasulullah bersabda bermaksud: “Pergilah kepada Fatimah, berikan kalung itu kepadanya dan engkau menjadi miliknya.”

Pergilah hamba itu menyampaikan apa yang dikatakan Rasulullah kepada Fatimah. Fatimah lalu menerima kalung itu, kemudian membebaskan Sahmun daripada kedudukannya sebagai seorang hamba. Sahmun pun tertawa.

Fatimah bertanya: “Apa yang membuatmu tertawa Ya ghulam? Sahmun berkata: “Betapa besarnya keberkatan kalung ini, inilah yang membuatku tertawa. Kalung ini telah mengenyangkan orang yang lapar, memberi pakaian orang yang telanjang, menjadikan kaya orang yang miskin, dan memerdekakan seorang hamba, akhirnya kalung ini kembali kepada pemiliknya.”