Bila orang-orang berkata...
Bahwa Qiamat dah dekat...
Aku selalu diam...
No komen... Kerna itu kerja Allah...
Tapi...
Mungkin benar dunia kini sudah semakin menuju penghujungnya....
Pembuangan anak terjadi disana sini...
Hamil sebelum kahwin terjadi merata tempat...
Entah salah siapa...
Salah ibu bapa tidak memperhatikan pergaulan anak?
Salah ibu bapa tidak merestui pilihan anak?
Atau sebenarnya salah anak itu sendiri kerana tidak mampu melawan hasutan syaitan?
Salah anak itu sendiri kerana tidak tahu memilih jalan hidup yang sempurna?
Salah anak itu sendiri kerana bergaul melampaui batas?
Mudah sangat orang yang belum berkahwin tu hamil kan?
Tapi ada di antaranya mengambil jalan pintas utk membuang atau menggugurkan janin yang dikandungkan...
Memang ada juga yang berkahwin setelah tahu si kekasih hati telah mengandung...
Itu tak dinafikan...
Tapi tak dinafikan juga sampai sekarang masih saja ada kejadian bayi ditemui dalam tong sampah...
Dalam longkang...
Dalam kotak...
Entah dimana-mana lagi...
Ada yang ditemui hidup...
Ada juga yang ditemui telah meninggal...
K.E.J.A.M!
Tidak kurang juga ada yang sanggup memberikan bayi yang baru dilahirkan tanpa ayah itu kepada orang lain dengan pertukaran wang ringgit!
Sudahlah bayi itu tidak diterima, malah menjualnya?
MANUSIA JENIS APAKAH ITU?
Jika tidak mahu, berikan saja kepada yang memerlukan...
Ya Allah...
Perasaan aku?
Marah sedih kecewa benci geram?
Semua ada...
Sakit hati bila ada individu yang tak menghargai anugerah yang berharga itu...
Tidak pernahkah terlintas sedikit kasih dihati mereka buat bayi yang comel-comel belaka itu?
Suatu hari nanti mereka akan tahu bagaimana rasanya menanti anugerah yang tak kunjung tiba...
Mereka akan tahu bagaimana rasanya hidup berumahtangga bertahun-tahun tapi masih belum dikurniai cahaya mata...
Suatu hari nanti mereka akan menangis kerana susah untuk mendapat cahaya mata lagi...
Seperti aku...
Sudah hampir 2 tahun aku berumahtangga...
Tapi belum ada rezeki...
Meskipun aku tidak pernah melakukan kesalahan-kesalahan di atas...
Walaupun kami berkahwin atas dasar suka sama suka...
Tetapi perkahwinan kami berlangsung awal dari sepatutnya...
Kerana keinginan keluarga untuk melihat persatuan dua jiwa...
Kami akhirnya berkahwin...
Tidak ku pinta acara besar-besaran...
Tetapi keluarga inginkannya...
Maka aku turutkan pinta orang tuaku...
(Terima kasih yang tak terhingga...
Pada semua ahli keluargaku dan keluarga mertuaku...)
Tapi tetap saja Allah menduga aku...
Qada dan Qadar...
Qada ketetapan Allah...
Qadar adalah usaha manusia itu sendiri...
Dan kami akan sentiasa berusaha untuk itu...
Aku masih muda?
Ya aku masih muda...
Tapi suamiku?
Aku ingin berikan suamiku rasa itu...
Perasaan bahagia dipanggil 'PAPA' oleh zuriatnya sendiri...
Bila ada sesiapa bicara tentang anak-anak...
Kesedihan pasti melanda pantai hatiku...
Mungkin terlalu awal aku bersedih...
Usia perkahwinan kami belum pun 2 tahun...
Masih ada lagi yang merana berpanjangan...
Hingga berbelas-belas tahun berkahwin...
Masih belum dikurniakan cahaya mata...
Bagaimana agaknya perasaan mereka?
Mesti mereka lebih mengharap...
Hatiku akan tenang bila memikirkan ini...
Aku juga tenang kerana tahu Allah bersamaku...
Bersama kami...
Doa...
Memohon padanya agar mengurnikan kami cahaya mata...
Biarpun hanya seorang sudah memadai...
Tapi...
Aku kalah dengan pertanyaan orang-orang...
Aku kalah dengan sindiran orang-orang...
Hatiku pedih bagai dihiris belati bila ada orang berkata...
Ataupun bertanya...
Dah ada ke?
Belum ada lagi?
Bila nak ada?
Kenapa belum ada lagi?
Alahai...
Sabarlah hati...
Selalu aku jawap dengan gurauan...
Demi melindungi hati nan hiba...
Kerna aku percaya...
Suatu hari nanti...
Kami pasti akan dikurniai anugerah yang paling berharga itu...
~Sinar Cinta NJ~





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA TINGGALKAN PESANAN;